Kepada penginap kediaman Category 'Service Apartment', Sila ambik perhatian terhadap tarif bil elektrik anda.
Tahukan anda sebab kediaman ini dibina di atas tanah komersial, maka tariff asal TNB elektrik anda sememangnye taraf komersial
Apakah itu Tarif komersial?
Tarif elektrik komersial ialah tarif elektrik yang dikenakan pada premis perniagaan.Di bawah ini kita melihat perbezaan antara tariff kediaman biasa
dan tariff kediaman komersial
Sekiranye ada kini mendiami kediaman jenis 'Service Aparment', tahukan anda yang ada boleh membuat aplikasi untuk menukar status tariff elektrik anda
daripada Tariff komersial ke Tariff kediaman biasa? Kunjungi cawangan TNB terdekat anda
Pihak TNB membenarkan penukaran tariff sekiranya anda memenuhi syarat-syarat dimana anda membuktikan tempat kediaman anda tidak digunakan untuk membuat
perniagaan.
Antara document yang boleh membantu:
1) Gambar kediaman anda (Pastikan jelas kelihatan no unit anda serta, gambaran dalaman rumah yang menujukkan sebagai rumah kediaman)
2) Perjanjian Kediaman (Sekiranye anda menyewa tempat tersebut, Pastikan pemilik kediaman tersebut membuat aplikasi ini)
Harap-harap ini dapat membantu sedikit dalam mengurangkan bebanan bill bulanan anda.


terima kasih atas makluman ini
BalasPadamboleh ke pihak tnb buat arrears utk perbezaan tarif tu
jika ada tunggakan bagaiman